Tentang Kita

REGIUS PRIMORIS ditubuhkan pada 2010 sebagai pembukaan untuk mempromosikan dan mengedarkan produk yang dihasilkan di Australia (Penjagaan Kulit dan Suplemen Kesihatan) untuk pasaran tempatan dan antarabangsa. Pada tahun 2011, pihak lembaga telah memutuskan untuk meneroka rantau Asean dengan destinasi pertamanya ialah Malaysia. Malaysia dipilih sebagai Ketua bagi rantau Asean kerana kelebihan dari segi kepelbagaian kebudayaan dan juga merupakan salah satu negara yang terkaya dan termaju di Asia Tenggara. Oleh itu, pada awal tahun 2011, berjuta-juta dolar telah dilaburkan dalam syarikat yang ditubuhkan oleh Regius Primoris Malaysia. Dengan dedikasi dan visi oleh ahli lembaga, serta mendapat popularity dan keyakinan yang ditunjukkan dalam produk penjenamaan Australia di seluruh dunia, pihak lembaga berharap bahawa jenama 'Regius Primoris' akan menembusi pasaran di Negara Asia Tenggara yang lain. Contohnya Indonesia, Singapura, Thailand dan lain-lain.

Kemudahan Pengeluaran / Pembuatan Penyelidikan & Pembangunan (R&D) Sijil & Pengiktirafan
Kemudahan pengeluaran kami terletak hanya 30km utara Sydney, Australia. Dengan keluasan 12 000 meter persegi, kilang pembuatan seni dan ibu pejabat direka bentuk dengan teliti dan dibina untuk melindungi persekitaran. Dengan menggunakan teknologi yang moden dan automatik, kilang ini merupakan kilang yang pertama dan lengkap diiktirafkan, serta mempunyai pelbagai fungsi cGMP di Australia dan memegang TGA (Pentadbiran Barangan Terapeutik) berlesenkan #M1-13122004-L1-000303-2 dan Lesen Pengesahan Organik daripada BFA (Peladang Biologi Australia) #10319P. Kesemua produk yang dihasilkan juga mematuhi piawaian Eropah dan Amerika. Pasukan R&D yang terdiri daripada pakar-pakar yang sangat dihormati dan berpengalaman dalam bidang pembangunan produk formula untuk makanan, mikrobiologi, ahli kimia analisis, kulit dan pakar penjagaan orang tua. Untuk memastikan kualiti produk terjamin, kemudahan yang berteknologi tinggi disediakan termasuklah : Kromatografi Cecair Berpresatasi Tinggi, Meter Kutub, dan Spektrofotometer Infra-merah, Meter Pembiasan Automatik, suhu dan kelembapan Jabatan ditubuhkan. Pusat itu juga, telah membina pangkalan data untuk menyimpan maklumat ramuan supaya pasukan QA dapat memantau bahan - bahan dengan tepat serta dapat mengawal kualiti semua produk.